Rehat...Lepak...Luah Rasa!!!


Hepi New Year 2008


Tuesday, February 19, 2008

Buhsannyaa!!

Adeh..mati kutu rasanya. Malas tahap gaban. Kerja ada, tp x nak buat. Coding..coding..coding. Sampai bila aku nak dok kat post ni...kadang2 bosan,kadang2 best. Entah..aku yg gila agaknya..atau pun aku yg tak reti nak bersyukur..arghh..tak kira. Aku memang bosan gila tahap gaban..bestnya kalau leh p shopping....jln2..tgk tu..tgk ni..kalau ada RM ..amik tu..amik ni..hehehe. Aku sebenarnya suka jln sorang2 kalau shopping..best siot! takde sapa nak kacau. tapi abe tak kasi lak drive sorang2..ala..ala..awat yg tak bulehnyaa...grrr..

Utk memenuhi gejolak ati yg suka bershopping ni..lately, aku suka shopping online..cuti mata la tapi, bukannya memborong. Best gila tgk barang2 kat online ni. Tgk tudung, tgk baju2 budak...osh kosh Bgosh..guess..gap..uiks..kalau nak beli kat kedai..mmg tak terbeli. Yang paling latest, aku suka tgk handbag branded online. Tapi semua fake aka imitation la. Ada gak yg jual ori dr obersea..bestnya kalau dpt 1. Tp kalau aku pakai ori pun, sure org kata aku pakai imi punya..almaklumlah..bukannya org kaya...gagagaga.Sekarang ni SIGNATURE STRIPE PATCHWORK SWINGPACK menjd idaman aku. Tak jumpa lg yg imi..yg ori ada org kita yg dok US jual..RM600...uloo..mahai siot..kalau butik? mau riban2..ooh swingback coach ku..hadirlah dlm hidup ku wpun sekadar imi..hahahhaa..

Cepat la hujung bulan..nak cuti..nak p jln2..busan..busan..busan tahap gaban..gaban Z..potong 2...zassssssssss..........wachaaaaaaaaaaaaaaa........

ni la dia pujaan hati ku....muahh!!

Monday, February 18, 2008

Pembetulan salah faham tentang inai oleh Mufti Perlis

Chayook!!
12-02-2008 04:43:41 PM

Telah berlaku kesilapan faham kenyataan saya oleh sesetengah pihak berhubung dengan penggunaan inai sebagai lukisan diri wanita terutama semasa perkahwinan dan selainnya. Di sini saya jelaskan seperti berikut;

1. Hukum asal perhiasan tubuh wanita adalah diizinkan syarak selagi tiada dalil yang melarangnya, ini termasuklah menggunakan inai.
2. Hanya warna yang bersifat kekal sahaja yang dilarang ini seperti tatoo, kerana itu washimah seperti yang disebut dalam hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim: “Nabi s.a.w melarang pembuat tatoo dan yang minta ditatookan”. Maka dengan itu, sebarang lukisan yang tidak kekal termasuk inai tidak termasuk dalam larangan tersebut.
3. Namun begitu, jika lukisan itu menggambarkan ciri-ciri yang buruk seperti perlambangan bagi sesuatu ajaran sesat, atau kumpulan jahat atau seumpamanya, maka itu adalah dilarang oleh Islam. Ini kerana Islam mementing penampilan diri yang dibersih dari penonjolan unsur-unsur negatif dan jahat. Sabda Nabi s.a.w “Bukan dari kalangan kita sesiapa yang meniru selain kita” (Riwayat al-Tirmizi, sahih). Juga sabda baginda: “Sesiapa yang meniru sesuatu kaum, maka dia di kalangan mereka” (Riwayat Abu Daud, sahih).
4. Apa-apa sahaja perhiasan diri wanita yang boleh menambat hati suami dan mengeratkan hubungan rumah tangga adalah digalakkan oleh syarak termasuk inai dan mewarnakan rambut.

Dr. Mohd Asri bin Zainul Abidin

Tuesday, February 12, 2008

Haram ke tak?

Ni kasut NIKE..comey! Ada merah, ada putih..tapi kan, ada benda lagi 'comey' kat kasut tu..tgk betul2...Nampak??

Ada ke letak Ba Alif Ba Ya? hahahahampeh.com tul..

Monday, February 11, 2008

Anak sapa la ni??

Hahaha..ni la gaya Dania Hamimi makan..lapo sungguh. Ni kat Jonny's..

Aku sebenarnya sedih dgn news ni..

Aku antara manusia2 yg suka canting inai sendiri kat tgn..wpun x lawa,tp xde la membazir rm10 wat kat kedai..Tul ke dah HARAM ni? ke DILARANG jek? huhuhu.. :(


Pakai inai ala tatu dilarang
Oleh: WAN SYAMSUL AMLY WAN SEADEY

KUALA LUMPUR 9 Feb. – Beberapa tokoh agama dan budayawan negara hari ini melarang umat Islam daripada memakai inai ala tatu kerana ia bercanggah dengan ajaran agama dan mencerminkan budaya Barat.

Menurut mereka, trend yang semakin digilai remaja terutama perempuan itu melambangkan sesuatu yang dilarang, lebih-lebih lagi jika ia berlambang haiwan atau mewakili kumpulan tertentu.

Mufti Perlis, Dr. Asri Zainol Abidin berkata, perbuatan itu jelas dilarang dalam hadis terutama jika menggunakan jenis inai yang kekal lama di anggota badan.

‘‘Tak boleh. Jelas ia salah. Kita lihat hari ini ramai remaja yang conteng badan dengan inai.

‘‘Lebih-lebih lagi gambar haiwan. Itu tabiat buruk dan melambangkan keganasan,’’ katanya ketika dihubungi Mingguan Malaysia di sini hari ini.

Sebelum ini, tokoh ulama terkenal, Datuk Abu Hasan Din berkata, pemakaian inai ala tatu di tangan jelas melanggar hukum syarak.

Menurutnya, perbuatan itu jelas salah terutama kepada pengantin yang mengukir tangan mereka dengan corak-corak tatu melampau.

Tambah Asri, kelonggaran tetap ada jika pemakaian inai itu berunsur sementara dan tiada halangan untuk air sembahyang melaluinya.

‘‘Tidak apa kalau pakai inai biasa. Tidak salah jika ia hilang selepas dua atau tiga hari di tangan,’’ ujarnya.

Pendakwah bebas, Daud Che Ngah berkata, pemakaian inai yang bersifat lebih kepada tatu adalah dilarang kerana ia menggambarkan ajaran yang bercanggah dengan agama Islam.

Namun menurutnya, pemakaian inai tidak kekal sebenarnya dibolehkan dengan niat untuk berhias kepada suami pada hari perkahwinan.

‘‘Tak ada masalah kalau hendak pakai inai di jari. Tapi kita tengok hari ini macam hendak melukis segala-galanya di tapak tangan.

‘‘Salah kalau sengaja membuat tatu walaupun dengan inai. Tatu itu sendiri dilarang kerana ia bukan budaya kita,’’ jelasnya.

Sementara itu, budayawan, Prof. Dr. Siti Zainun Ismail berkata, pemakaian inai itu sendiri mewakili adat perkahwinan yang memberi maksud tersendiri kepada masyarakat.

‘‘Orang dulu pakai inai sebab hendak tengok kesucian seorang gadis. Mereka hias pengantin perempuan dengan inai yang tahan untuk sembilan bulan,’’ katanya.

Oleh itu, kata Siti Zainun, trend wanita sekarang yang gemar memakai inai tanpa tujuan malah mengukir pelbagai gambar di badan dilihat melanggar budaya .

Monday, February 04, 2008

Pesta Layang2 Antarabangsa...

Sabtu baru2 ni, 2hb Feb 08, abe bwk aku dan anak2 p tgk pesta layang2 kat Putrajaya. Masa aku sampai,pesta belum rasmi dan yg ada hanya la budak2 dok main layang2 selain drpd pameran dan gerai2 jual makanan. Sampai dlm kul 11.00am..panas siot. Dania sibuk ajak balik..mulut dok sebut..'anash..anash..jom alik'..haiya...So enjoy gambar2 yang tak berapa nak ada ni... ;)



Tuesday, January 29, 2008

Handphonessss...


Semalam abg call,tny pasai hp..aku ni mmg kdg2 nak mcm cino jual hp..sbb aku suka amik tau pasai hp..bila dah tau.aku pun suka..bila dah suka..aku pun jatuh cinta..bila dah jatuh cinta..aku akan usahakan supaya cinta tu jd milik aku..sbb tu aku suka amik tau pasai hp..dan aku suka org tny aku pasai..ni antara hp2 yg pernah aku miliki..tp idak la yg mahai2 mcm Dato K punya..yg penting..aku suka.. hekhekhekhek..

Ni hp2 yg pernah aku ada (ikut turutan le ek)..bila2 teringat2..rindu lak
hp2 dulu2..


Sagem C850 - Ni hp 1st aku. Masa tu tahun 1998,just lepas aku habis studi. Abah belikan padahal masa tu aku mengganggur jek..Masa ni consider hp ni gabak la jugak. Tp aku
tak kisah, sbb guna utk call jek.Sms mahai masa tu, Tak henget bape.Aku guna
prepaid. no 109-5650005.Opsss,jgn call ek,No tu dah hilang..sim ilang kat mc
d mines..hehehe.Aku hp pakai sampai aku kerja.


Nokia 33sekupang..ni aku ngn abe beli masa kat expo bebas cukai bkt jalil.Konon2 murah la kat situ..masa tu masih couple. Masa tu..hp ni regenya rm600++.kira mahai.Tp sbb masa tu hp tu paling best la konon2 dan paling kecik,aku gagah beli gak.Tarde in sagem..bape ek dia amik..lupo.Masa tu takde cite ori mori ni..AP ke..yg aku tau ada underwater.Main belasah jek.




Nokia 8310 - aku jatuh cinta sbb makin comel. Best siot. Beli dlm rm700+ dan
trade in 3310 dlm rm300++. Aku sayang hp ni. Kecik, comel dan berkuasa. Masa tu byk gila housing dia..main tuko2 housing and keypad...best siot




Motorola E365 - Ni 1st camera hp aku dah hp ni rasanya yg paling latest ada camera masa tu.Gila aku selak nak sangat. Aku pujuk abe belikan ..dah kawin ek! Dgn quality hp yg tah hapa2 tp sbb dah jatuh cinta..aku nak gak! Bila dah beli, aku nyesal sebernya.1st time guna 'true tones'..aku rasa nak campak jek hp ni sbb org call, aku tak dgr...tp sbb dah paksa org beli, aku
buat2 la suka..masa tu regenya rm1K++. Trade in 8310 ,tak ingat dia amik berapa.Rasanya tak sampai rm200..hehehe




K500i - ni 1st time aku pakai SE. Aku beli sbb pentingkan gaya la konon dan
rasanya masa tu dah konon2 hp ni telah di upgrade quality cam nya, aku beli
hp ni dgn rege rm500++.Gila downgrade harga tapi quality ok. Aku suka hp
ni,comey dan bergaya..good bye motorola..aku tak suka motorola..nyesalll!
trade in dah la takde rege..HAMPEH!!




Samsung E730 - sbb aku suka belek2 internet pasai hp ni..dah aku jatuh cinta lg dgn hp..aku jatuh cinta pada samsung ni sbb dia leh amik gambar sendiri. Bestnya..bestnya. Dgn pixels yg lebih beso..aku mmg teruja..ni hp paling lama aku pakai. Sbb aku syang sama dia...sib baik trade in SE K500i cino tu amik tinggi..so tak tambah byk sgt duit. Samsung ni rm730...SE tu cina tu amik rm400+..ok apa..aku beli pun rm500++ ..hehehe..




SE W850i - yang ni betul2 buat aku mereng..aku gila..aku jatuh cinta lg.
Walaupun cino2 kedai tu tak kasi aku beli sbb dia mahai tp function ADO
jek..aku tak kisah..aku nak gak.Dgn rm1.6K..aku beli hp ni..abe tambah duit
gak la..aku bukan ada duit pun..eheheh.TAPI!!! waa...aku pakai tak sampai 2
bulan....dia terpaksa aku korbankan..bukan sbb aku jatuh cinta lagi..tapi
sbb..DIA MASUK LONGKANG..DIA KONG!! DIA HILANG INGATAN!! waa..aku
tensen..aku nangiss...repair rm400..dah la aku turun naik kl sendiri p
repair sbb cino kedai tu hampeh.bila dah problem..byk lak alasannya..lps
repair..dealer tu nasihatkan aku 'baik u trade in'..hp masuk air..biasa x
lama..huhhuhuhu...ooh tidakkkkkkkkkkk!!!



Nokia 7390 - hahahampeh.com. Sbb takde pilihan dan aku terpaksa.Aku jual
W850i tu..gila jatuh rege dia..dan aku amik hp ni sbb aku dah takde
pilihan.Aku pakai hp ni tak lama sbb aku tak suka ..OS slow..camera
slow..amik gambo..pusing2...lambat gila save. Maaf ya nokia 7390..kamu hanya
cantik di mata..di hati ku..TIDAK!!!! Ni bukan cinta ku yg sebenarnya..aku
berpura2 cinta kamu..aku terpaksa...




P990i - Since dah guna hp2 yg dah mcm teknologi..aku cari hp yg ada wifi..yg
lain yg biasa aku pakai..maknanya, yg dah more to PDA or SMARTPHONE. Masa ni,
aku dah frust gila dgn 7390 dan kebetulan birthday aku dah dekat, aku minta
belas kasihan abe, belikan la aku hp baru..hehehe..so dia kata,kalau nak yg
baru, amik yg ni..gabak takpe..tp function ok..semua benda ada..dan aku pun
ok gak jek. Masa ni rege dia rm1.5K..dan nokia tu trade in dlm rm700++..sekali
lg abe mengeluh...'habis duit aku'..ahaks!! aku suka hp ni..konon2 nak pakai
lama la..tapi tiba2..jeng2...hahahaha...





P1i - Jeng..jeng..ni hp aku yg latest..sama je ngn P990i..cuma upgrade cam, ram dan
kuyus...ni abe belikan ... dan doakan..cinta aku kekal pada yg ini..ye ke??
muahahaha..tunggguuuuuuuuu...





Nnt aku bg tips beli hp..sbb aku dah byk terkena ngn mcm2 helah tokey hp ni.. gegege...

Thursday, January 24, 2008

Pause sat...


Wednesday, January 16, 2008

Danish dah sekolah.


2hb Januari - Danish dah masuk tadika.


Aku pilih Q-Dees..sbb tu yg paling dekat,bukan sbb2 lain..gagaga

Minggu orientasi..tu cikgu danish..dia kelas einstein..

Hari Rabu kena pakai baju 'PASUKAN'..kata danish..

Aku cuma pilih yang terbaik utk anak aku..aku doa dan usaha..tapi dia yg kena tentukan..apa yg dia nak jd nanti...
Semoga menjadi anak yg soleh dan berguna kepada agama,bangsa dan negara..AMIN.

Monday, January 07, 2008

Aku dan dia..

from Bandung with LUV

1991 - Masa ni,aku form 1,dia form2.Aku mengenali dia sbg pelajar terbaik dlm kelas.Cerita kakak sekelasnya, dia suka tido dlm kelas terutama bahasa arab.duduk di barisan paling hadapan, tapi selalu tido.Tapi kata kakak2, bila ustaz bertanya, dia boleh menjawab soalan dengan baik.Em..macam magik.

1992 - Dia memang selalu naik turun pentas ambil hadiah no 1 dalam kelas dan no 1 dlm tingkatan.Masa tu aku tak kena rupa dia,hanya tahu nama..lantas hati berkata, 'Buat abang angkat best ni..boleh minta tolong ajar'..dengan bantuan seorang kakak, dia ku jadikan abang angkat, dgn niat yg satu, moga2 boleh jd cikgu..TAPI..alamak..dia pemalu. Jangankan jd sifu,bersua muka apa tah lagi..bersuara? haram tak pernah sekali..hahaha.

Abang angkat hanya atas nama. Teringat rombongan sekolah ke Cameron Highlands bersama-sama.Ajak bergambar- mula2 dia kata YA, bila aku bawak turun kamera, dia wat dek jek.Hampeh.com. Aku beri dia keychain ..dia balas dgn apa? Roti Gardenia aje? huhuhuhu..sungguh tak terkata apa2..sengalnnyaa. Since jd 'abang angkat' hanya atas nama,tak pernah jumpa atau pun berkata-kata..aku jadi malas nak bersama.Dah la aku yang kena cekup dgn cikgu displin sbb berabang angkat kan dia..tak berbaloinya rasa..jadi aku putuskan saja hubungan yang tah apa2 ni.hahaha..Keputusan SRP keluar,dia pelajar terbaik sekolah dan terus pindah ke MCKK.

1993- - dah tak sama sekolah, aku pun tak contact dia,dia pun tak contact aku..cikgu pun asyik perli2 aku masa ni. Apahal..bukannya dia balak aku..masa ni aku mmg budak nakal sekolah..tak main la jiwang2.

1994 - Aku tak berapa nak ingat. Masa ni, dia masih utuskan surat. Paling aku ingat, dia bintikan aku dgn Abd Rahman.Abah aku yg bernama Abd Rahim naik angin, pandai2 tukar lak tukar nama dia.hahaa.Tahun ni tak byk cerita, dia MCKK..aku dah ke SERATA, Ipoh.

1995 - Masa aku kat SERATA (Sek Raja (P) Taayah), katanya dia pernah ke situ, interview utk biasiswa ke UK, jd doktor.Katanya, dia nampak nama aku kat papan hitam sekolah. Aku mana nak tahu dan aku tak pernah contact dia. Tahun ni memang takde apa2 cerita.

1996 - Aku ke Kolej Islam Melaka (KIM). Aku rasa, kami ada berutus surat. Macam mana kami masih berhubung, aku pun tak ingat.Dlm surat, cerita tentang pelajaran dan cita2.Tak de yang menarik nak di kongsi bersama.3 bulan di KIM, aku bertukar ke IKATAN (sekarang UNITEN) atas desakan abah- amik jurusan komputer sains.Dari budak sastera yg hanya tahu berbahasa-bahasi, aku kena tune otak jd engineer komputer.Calculus..?? aku boleh jd gila!

Tak lama aku di IKATAN, sedang aku berbaris di dewan makan, aku terpandang seseorang yang aku rasa kenal- tak kenal..huhuu..DIA! Oh tidak..aku menyorok belakang kawan..aaku rasa dia perasan aku di situ..tapi aku buat tak tahu..hhuhu..aku malu..gagaga

Selang sehari,aku dpt surat dlm pigeon hole kelas aku - WELCOME TO IKATAN - huhuhu..maknanya dia tau aku kat situ.

Satu Malam,kat asrama Mawar..aku dgr ada org menjerit 'Zaiblablabla (nama aku la di laungkan)..ada org nak jumpat kat luar!'..ahh sudah.siapa lak nak jumpa mlm2 ni..aku bukan ada sapa2 kat sini..jeng..jeng..jeng!Aku kuar..huhuh..Dia! Dia kat luar..tunggu aku..alamak! releks..Don Gabra Nehi.Tu la pertemuan pertama aku wpun dah lama kenai..maka kami pun sembang la..bla.bla.? dan paling last..dia offer nak ajar aku calculus! Uiks..sapa tak nak dpt cikgu pree..maka aku pun sudi.

Hampir sebulan berkawan dan belajar sama2..suatu hari dia nak jumpa aku.Bila nak jumpa..dia just tanya "Zai, kita ni kawan or adik abang?" aku dgn selamba je la jawab.."KAWAN la"..dah mmg betul pun.Kan aku dah putus ngn dia dulu as adik abang ni.Lepas dia dapat jawapan tu..dia blah tinggalkan aku..aahh..sudah.Apa ke halnya..

Malam tu..dia datang lagi ke Mawar. Dia beri aku sekeping kad dgn kata2 "If anything happen,we still friend ok?" pastu dia blah.haiya mamat ni..aku bukak kad tu..dan terpampang la word 'tut..tut...tut''

hhuhuhuhu...nak senyum ke..nak nangis ke..tak tau. Since hati pun dah suka..dan aku selalu berdoa,jika dia jodoh aku,permudahkan hubungan ini..maka aku terima dia..
dan
di IKATAN, terjalinnya IKATAN AZ_ZA.. ;)